Rangka manusia ditemui di Tongkang Pechah sah milik Bella, kata polis

Dari Penulis

POLIS mengesahkan hasil analisis asid deoksiribonukleik (DNA) pada rangka manusia yang dijumpai di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah adalah sepadan dengan sampel yang diambil pada ibu dan kakak Bella.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, sampel patologi yang diambil pada Jumaat lalu telah dihantar dan laporan analisa diterima polis pada hari ini.

“Pihak polis telah menghubungi keluarga mangsa untuk menuntut mayat Mira Sharmila Samsusah di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kertas siasatan telah dirujuk dan araha tuduh terhadap salah seorang tangkapan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, jenazah akan dibawa pulang ke Batu Pahat dan disolatkan di Masjid Datuk Bentara sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Banang.

Sebelum ini media melaporkan ibu tunggal kepada dua anak berusia dua hingga empat tahun dilaporkan hilang pada 14 Disember lalu.

Bella dilaporkan keluar rumah bersama teman lelakinya untuk ke kedai dobi pada 11.50 malam dengan menaiki sebuah kereta.

Kehilangan wanita itu hanya disedari pada keesokan hari selepas kakaknya, Norhisham, 36, gagal menghubunginya selain mesej dihantar tidak dijawab.

Sehingga kini seramai tiga individu telah ditahan dan lapan lagi telah dipanggil untuk bagi merakam keterangan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

SKDS diperluas kepada jip, pikap syarikat mulai 15 Julai

KERAJAAN memperluaskan kelayakan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kepada kenderaan persendirian syarikat kategori jip dan pikap, sekali gus membolehkan...

More Articles Like This