687 peserta Felcra Sri Makmur rayu bayaran BTS RM6.4 juta

Dari Penulis

SERAMAI 687 peserta Felcra Sri Makmur merayu agar pihak bertanggungjawab segera membuat pembayaran buah tandan segar (BTS) yang dianggarkan RM6.4 juta.

Jumlah tunggakan sejak April hingga Disember tahun lalu dan sekiranya gagal dilunaskan kemungkinan nilai berkenaan akan mencecah RM8 juta sehingga Februari depan.

Pengerusi Ahli Jawatankuasa Kemajuan Projek (AJKKP) Felcra Sri Makmur, Umar Hussin berkata, masalah timbul sejak urusan pembelian BTS diambil alih oleh syarikat luar berbanding sebelum ini.

Katanya, pihak beliau setuju untuk buah sawit dijual kepada syarikat luar selepas mereka menawarkan pembelian kadar perahan minyak (OER) yang lebih tinggi berbanding Felcra.

“Perbincangan dan persetujuan itu hanya antara Felcra dan AJKKP Peringkat Tiga sahaja, tetapi ia kemudiannya diikuti oleh AJKKP Peringkat Satu dan Dua serta Rancangan Tanah Kelompok (RTK) Bukit Sijau tanpa sebarang mesyuarat diadakan.

“Kalau ikutkan, bayaran BTS sepatutnya dibuat setiap empat bulan, namun sehingga kini kami masih belum menerima sebarang bayaran.

“Kami difahamkan hanya 40 peratus sahaja bayaran dibuat dari keseluruhan jumlah sekitar RM10 juta.

Baca artikel lain: Bekas penolong setiausaha Kementerian Pengangkutan didakwa terima suapan RM2,300

“Itupun setelah disemak, kami dapati hanya dua bulan pertama sahaja OER dibayar pada kadar 19.1 peratus. Kemudiannya ia dibayar pada kadar 17 peratus lebih rendah dari yang dibayar pihak Felcra sebelum ini,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Umar berkata, syarikat tersebut juga didapati tidak memenuhi syarat yang dikenakan pihak AJKKP sebelum ini.

Jelasnya, syarikat itu juga didapati tidak memiliki lesen dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) setelah semakan dibuat.

“Kami ada mengenakan syarat antaranya, syarikat terlibat perlu memiliki lesen MPOB. Persetujuan itu dibuat sebelum menyerahkan urusan jual beli buah sawit kepada syarikat luar,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Puad dakwa UMNO amal budaya kronisme dalam memilih calon

BEKAS Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mendakwa amalan memilih calon berdasarkan kelompok, kroni...

More Articles Like This