MBPP diarah tarik balik notis larangan jual arak sempena Thaipusam

Dari Penulis

MAJLIS Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diarah supaya menarik kembali larangan penjualan minuman beralkohol selama tiga hari sempena sambutan perayaan Thaipusam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jason H’ng Mooi Lye berkata, notis larangan itu tidak relevan kepada 51 premis selain menerima aduan daripada pengusaha restoran.

Katanya, notis larangan penjualan minuman alkohol sebelum ini hanya dipraktikkan ke atas lima premis di sekitar Jalan Gottlieb hingga ke Jalan Kebun Bunga berdasarkan nasihat pihak polis.

“Saya hanya mengetahui mengenai larangan itu petang semalam selepas mendapati aduan daripada puluhan pengusaha khususnya restoran makanan yang mempertikaikan tindakan berkenaan memandangkan premis mereka turut dikunjungi pelancong luar negara.

“Jadi selepas meneliti perkara itu, saya dapati larangan tambahan ke atas 51 premis itu tidak berasas dan mengarahkan MBPP menarik semula larangan berkenaan serta-merta,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Baca artikel lain: Tarif air baharu Melaka dilaksanakan 1 Feb ini

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), hari ini.

Jason menambah, pihaknya sudah menetapkan segala larangan penjualan minuman alkohol dikeluarkan MBPP selepas ini perlu melalui perbincangan serta persetujuan daripada mesyuarat EXCO.

Sementara itu, Datuk Bandar MBPP, Datuk A Rajendran berkata, pihaknya sudah mengeluarkan notis ke atas 56 premis di sepanjang laluan perarakan pedati bagi tempoh tiga hari bermula 24 hingga 26 Januari.

“Notis itu diberi kepada pemilik premis pada 22 Januari lalu namun, kini kita dapati larangan itu tidak perlu dibuat ke atas premis di luar laluan utama Jalan Kebun Bunga.

“Ketika ini pasukan MBPP berada di lapangan bagi menarik semula notis ke atas 51 premis yang dikenal pasti ia termasuk di Jalan Datuk Keramat, Jalan Magazine serta Lebuh Victoria,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This