SD Murad Khalid telah disiasat, tiada kes terhadap Anwar – SPRM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya akuan bersumpah (SD) bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid yang dibuat pada tahun 1999 tidak disiasat.

Ketika itu, Abdul Murad dalam satu SD mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu menjadi pembangkang mempunyai RM3 bilion dalam lebih 20 akaun bank.

SPRM dalam kenyataan menegaskan sebanyak enam kertas siasatan telah dibuka berhubung SD Abdul Murad yang telah dikeluarkan pada 26 Oktober 1999.

Berdasarkan rekod SPRM, suruhanjaya itu memaklumkan, Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu telah menjalankan siasatan mendalam, menyeluruh dan terperinci dengan bantuan Bank Negara Malaysia (BNM) termasuk dalam dan luar negara seperti United Kingdom (UK) dan Singapura.

Menurut SPRM, hasil siasatan menunjukkan tiada sebarang kes terhadap Anwar.

“Sehubungan itu, enam kertas siasatan tersebut telah dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara pada 12 Ogos 2022 dan Pejabat Peguam Negara telah memutuskan tiada pertuduhan dikenakan kepada mana-mana pihak.

“Justeru, SPRM ingin menekankan bahawa dakwaan BPR/SPRM tidak menjalankan siasatan terhadap Anwar berhubung SD Abdul Murad adalah tidak benar sama sekali malah perkara tersebut berlaku semasa kepimpinan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Baca artikel lain: SPRM siasat semua individu terlibat rasuah, termasuk PM, TPM – kata MCW

“Dr Mahathir telah membuat tohmahan bahawa SPRM tidak menjalankan siasatan terhadap perkara-perkara dibangkitkan dalam SD Abdul Murad terhadap Anwar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Isnin lalu, Dr Mahathir dalam sidang media mempersoalkan mengapa tiada siasatan dibuat terhadap SD Abdul Murad yang dibuat pada 1999.

Ketika itu, Abdul Murad mendakwa Anwar yang ketika itu menjadi pembangkang mempunyai RM3 bilion dalam lebih 20 akaun bank.

“Anwar, (Datuk Seri Dr) Ahmad Zahid (Hamidi), (Tan Sri) Azam Baki bukan Tun tetapi mereka tidak boleh disiasat, …Anwar dihadapkan dengan tuduhan oleh Abdul Murad namun yang saya tahu tiada siasatan.

“Kenapa beliau tidak disiasat. Ini adalah akuan berkanun, …begitu juga dengan kes Timbalan Perdana Menteri walaupun ada 47 kes, tiba-tiba pendakwaan dihentikan.

“Dalam kes Azam Baki, apabila beliau beli syer yang banyak dan dikatakan milik adiknya, sepatutnya adik beliau perlu disiasat,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This