Selepas Mirzan, Mokhzani pula beri keterangan pada SPRM

Dari Penulis

SELEPAS Mirzan, hari ini seorang lagi anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Tan Sri Mokhzani Mahathir pula dilaporkan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Memetik laporan Sinar Harian Online, perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

“Ya, saya sahkan. Beliau hadir pagi tadi,” katanya ringkas.

Difahamkan Mokhzani yang juga seorang ahli perniagaan hadir kira-kira pukul 11 pagi di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya bagi membantu siasatan kes membabitkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Siasatan kes itu dipercayai mempunyai kaitan pegangan saham anak ketiga Dr Mahathir itu dalam syarikat GLC untuk mendapatkan projek kerajaan.

Syarikat GLC itu dikatakan turut memenangi lesen fabrikasi struktur cari gali sebuah syarikat gergasi petroleum negara yang ketika itu bapanya merupakan Perdana Menteri.

Baca artikel lain: SPRM arah Mirzan Mahathir isytihar harta dalam masa 30 hari

Beliau difahamkan disiasat di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Sebelum ini, SPRM mengesahkan telah memanggil Mirzan untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan.

SPRM dalam kenyataan 18 Januari lalu memberitahu Mirzan hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada pukul 9.30 pagi 17 Januari dan satu perintah notis telah disampaikan kepada beliau di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009.

Katanya, melalui perintah itu, beliau dikehendaki mengisytiharkan segala aset alih dan tidak yang berada di dalam pegangannya sama ada di dalam atau luar negara dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This