Mokhzani Mahathir dilantik Pengerusi Maxis

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

LEMBAGA Pengarah Maxis Berhad mengumumkan pelantikan Tan Sri Mokhzani Mahathir sebagai Pengerusi baharu syarikat tersebut menggantikan Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda berkuat kuasa 22 April 2021.

Ia selepas Raja Arshad yang telah berkhidmat sebagai Pengerusi Maxis sejak syarikat itu disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 2009 memutuskan untuk mengundurkan diri daripada jawatan berkenaan.

Menurut Maxis, Mokhzani ketika ini berkhidmat sebagai Pengarah Bebas Kanan Lembaga Pengarah syarikat berkenaan manakala Raja Arshad pula akan terus memainkan peranan sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Maxis.

Sementara itu, Mokhzani berkata, Maxis akan terus memainkan peranan penting dalam memajukan kesalinghubungan dan agenda digital negara lebih-lebih lagi dengan khidmat syarikat tersebut sebagai penyedia penyelesaian bersepadu terkemuka.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Raja Arshad atas kepemimpinan, bimbingan dan sumbangan berharga kepada Maxis.

“Kami berada di puncak era teknologi baharu dengan Maxis sentiasa berada di barisan hadapan dalam membawa inovasi baharu kepada negara.

“Saya tidak sabar memainkan peranan baharu dan bekerjasama dengan Lembaga Pengarah, pengurusan serta pekerja dalam usaha mempercepat pertumbuhan jangka panjang yang kami idamkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Jalil Rasheed dilantik terajui Berjaya Corp.

Ketika ini, Mokhzani mempengerusikan Jawatankuasa Audit dan Risiko Maxis selain menjadi anggota Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan serta Jawatankuasa Hal Ehwal Kerajaan dan Kawal Selia.

Beliau akan melepaskan peranannya sebagai Pengarah Bebas Kanan dan Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Risiko sejurus selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Maxis pada 22 April 2021.

Mokhzani memulakan karier profesionalnya sebagai jurutera luar pesisir dengan Sarawak Shell Berhad sebelum meneroka sektor pembuatan komponen, perkhidmatan minyak dan gas, kewangan serta penjagaan kesihatan.

Pengalaman korporatnya merangkumi jawatan eksekutif utama di Pantai Holdings Berhad, THB Industries Berhad, Tongkah Holdings Berhad, Kencana Petroleum Berhad di samping menjadi pengasas bersama SapuraKencana Petroleum Berhad.

Beliau turut aktif dalam sukan permotoran dan berkhidmat sebagai Pengerusi Sepang International Circuit Sdn. Bhd. (SIC) yang menjadi tuan rumah bagi Kejuaraan Dunia Formula One selama 13 tahun sehingga 2017.

Mokhzani yang merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Petroleum daripada Universiti of Tulsa, Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) kini merupakan Presiden Persatuan Motorsports Malaysia yang merupakan badan pengesahan FIA dan FIM untuk semua sukan permotoran di Malaysia.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This