Rakyat Malaysia rugi RM1.34 bilion tahun lalu akibat jenayah dalam talian – NSRC

Dari Penulis

PUSAT Respons Scam Kebangsaan (NSRC) mencatat kerugian berjumlah RM1.34 bilion membabitkan 33,235 kes jenayah dalam talian bagi tempoh 1 Januari hingga 8 Disember tahun lalu.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, berkata ia berdasarkan aduan mangsa menerusi talian 997.

Katanya, enam modus operandi dikenal pasti dengan jenayah pelaburan tidak wujud mencatat angka tertinggi iaitu RM437 juta, diikuti e-dagang (RM383 juta), telekomunikasi (RM334 juta), e-kewangan (RM104 juta), love scam (RM41 juta) dan pinjaman tidak wujud (RM39 juta).

“Ini adalah rekod NSRC, maksudnya mangsa menghubungi 997. Pihak polis mungkin ada angka lebih lengkap kerana mungkin mangsa tidak menghubungi NSRC tetapi terus buat laporan polis.

“Angka ini meningkat berbanding 2022 untuk tempoh sama yang mana kerugian direkodkan ialah RM804 juta tetapi bagi 2023 ia naik kepada RM1.34 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program SWM Kasih Misi Sampul Merah di Kulai, hari ini.

Nii Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata, masih ramai yang menjadi mangsa pelaburan tidak wujud dan kehilangan duit simpanan.

Juster, katanya, adalah penting untuk membuat semakan dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC) sama ada pelaburan itu diluluskan atau tidak.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This