RAKYAT Malaysia di Yaman dinasihatkan berpindah ke tempat yang lebih selamat atau pulang ke tanah air secara sukarela jika merasakan keselamatan mereka terancam.
Wisma Putra dalam kenyataan memberitahu, terdapat 376 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan kedutaan di Muscat Oman dan kesemua mereka dilaporkan berada dalam keadaan selamat ketika ini.
Meskipun begitu, katanya, mereka dinasihatkan supaya berwaspada terhadap keselamatan diri dan Wisma Putra akan memantau rapat perkembangan di sana.
“Mereka juga boleh menimbang untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat atau pulang ke Malaysia secara sukarela jika merasakan keselamatan mereka terancam,” katanya, hari ini.
Baca artikel lain: Skim pencen wakil rakyat: DAP bersama kerajaan – Loke
Yaman kini bergolak susulan tindakan ketenteraan diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini menyasarkan kawasan yang dikawal oleh pengganas Houthi.
Wisma Putra pada masa sama turut menyarankan rakyat Malaysia di Yaman segera mendaftar di kedutaan jika masih belum berbuat demikian.
Kedutaan Malaysia di Muscat Oman boleh dihubungi di Villa No. 2443, Way 3030 Shatti Al Qurum P.O. Box 51, Bareeq Alshati Muscat atau Nombor Telefon: + (968) 2469 8329 + (968) 7159 2388 atau E-mel: [email protected].
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

