Tindakan undang-undang cubaan Bersatu menggertak MP sokong Anwar

Dari Penulis

TINDAKAN undang-undang yang akan dilakukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disifatkan hanya cubaan untuk menggertak ahli-ahli Parlimen yang menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim berkata, tindakan undang-undang serta langkah Bersatu untuk meminda Perlembagaan lebih kepada mahu menghalang wakil rakyat parti itu beralih sokongan.

Beliau yang juga salah seorang daripada enam ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada Anwar berkata, keputusan itu hanya mahu menakut-nakutkan wakil rakyat.

Mohd Azizi berkata, tindakan itu mungkin satu reaksi kepada dakwaan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang sebelum ini mendakwa 10 lagi wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) akan mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri menjelang pembukaan Sidang Parlimen, Februari nanti.

“Pada saya, langkah Bersatu untuk pinda perlembagaan dan ambil tindakan undang-undang tidak lebih dari sekadar untuk menggertak ahli-ahli parlimen lain yang akan nyatakan sokongan kpd PMX (Anwar),” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Mengulas lanjut, Mohd Azizi mendakwa telah pun mengadakan pertemuan dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebelum serta selepas mengambil tindakan menyokong kerajaan.

Katanya, beliau telah menyuarakan tentang isu peruntukan ahli Parlimen pembangkang.

Baca artikel lain: Bersatu akan mulakan tindakan undang-undang terhadap Zulkafperi, sain SD tetapi ‘mungkir janji’

Justeru, Mohd Azizi memaklumkan telah menjangkakan keputusan itu dan bersedia berdepan sebarang tindakan.

“Sebelum ini, kami, ahli parlimen Bersatu dan PN sering menyuarakan kepada presiden dan membangkitkan mengenai isu peruntukan dan apa tindakan parti bagi membantu ahli Parlimen menguruskan kawasan tapi pimpinan seolah-olah tiada kesungguhan untuk menjaga prestij dan kemaslahatan parti.

“Jadi, saya menyerahkan sepenuhnya kepada Presiden dan pimpinan tertinggi parti mengenai apa jua bentuk tindakan yang bakal dikenakan terhadap saya dan juga ahli Parlimen yang menyokong PMX,” katanya.

Semalam, Bersatu  bersetuju untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana wakil rakyat yang didapati khianat terhadap parti tersebut.

Hamzah dalam kenyataan berkata, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu turut bersetuju untuk meminda Perlembagaan parti itu bagi memastikan tindakan khianat itu tidak berulang pada masa hadapan.

Sebagai rekod, enam ahli Parlimen Bersatu telah mengisytiharkan sokongan masing-masing terhadap pentadbiran Perdana Menteri.

Selain Mohd Azizi, lima lagi wakil rakyat tersebut adalah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid; Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan); Zahari Kechik (Jeli) dan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang).

Terbaharu, seorang lagi ahli Parlimen Bersatu, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi turut mengumumkan sokongan kepada Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Tanjong Karang itu memaklumkan, keputusan itu dilakukan beliau bagi memastikan nasib dan pembangunan penduduk di kawasannya terus terbela serta mendapat pelbagai manfaat.

Sebelum ini, Syed Abu Hussin mendedahkan seramai 10 lagi ahli Parlimen Bersatu didakwa akan menyatakan sokongan kepada Anwar menjelang pembukaan sidang Parlimen, Februari nanti.

Syed Abu Hussin mendakwa, 10 orang ahli Parlimen itu merangkumi lima dari utara tanah air iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perak; tiga dari Pantai Timur merangkumi Kelantan, Terengganu dan Pahang manakala dua lagi dari Selangor serta Melaka.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hilang kawalan ketika memotong punca pegawai polis, guru maut di Lenggong

KENDERAAN hilang kawalan ketika cuba memotong dipercayai menjadi punca kemalangan maut meragut nyawa seorang pegawai polis dan seorang guru...

More Articles Like This