Hazani dilantik KP Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia pertama

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENGARAH Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) yang pertama. 

Pelantikan itu diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang media, hari ini. 

Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia adalah agensi tunggal yang akan mengawal selia sempadan negara bagi memelihara keselamatan dan kedaulatan negara.

Menurut Saifuddin, pelantikan Hazani mengambil kira kelayakan dan pengalaman luas selama 37 tahun bidang keselamatan serta ketenteraman negara. 

Beliau berkata, Hazani turut mempunyai legasi yang membawa kepada penubuhan pasukan Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM). 

“Kita memerlukan seorang individu yang mempunyai kemahiran tinggi dalam mengetuai sesebuah pasukan. 

“Untuk menjelmakan sebagai satu agensi, mesti dimulakan dengan pelantikan Ketua Pengarah. 

“Pertamanya bagi menyegerakan pembikinan Rang Undang-Undang (RUU) ke arah menjelmakan entiti MCBA ini. 

“Dijangka jika semua berjalan lancar dan dengan kerjasama Peguam Negara, RUU itu dapat dibentangkan pada bulan Mac ini di Dewan Rakyat,” katanya dalam sidang media itu. 

Baca artikel lain: Kabinet bincang sepintas lalu soal pengampunan Najib – Saifuddin

Hazani memikul tanggungjawab sebagai Pengarah KDNKA Bukit Aman sejak September 2021. 

Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia dijangka beroperasi dengan sembilan pintu masuk akan dijadikan projek rintis.

Pada pembentangan Belanjawan 2024 lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penubuhan sebuah agensi tunggal sempadan negara (SBA) sebagai sebahagian daripada inisiatif memperkukuh tahap kesiapsiagaan pertahanan dan keselamatan negara.

Saifuddin sebelum ini dilapor berkata, inisiatif SBA dirancang sejak 2018 bagi menyatukan lebih 20 agensi penguat kuasa di 141 pintu masuk, antaranya Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Beliau berkata, inisiatif itu mengambil contoh agensi sempadan di negara antarabangsa termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan New Zealand.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This