Mangsa banjir di Terengganu kekal 463 orang

Dari Penulis

JUMLAH mangsa banjir di Terengganu kekal 463 orang daripada 149 keluarga yang berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Dungun pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu dalam kenyataan memaklumkan setakat 8 pagi ini, sebanyak 237 mangsa daripada 88 keluarga berada di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja manakala 226 mangsa daripada 61 keluarga lagi, ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Kampung Shukor.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah berkata meskipun banjir sudah surut dan cuaca semakin pulih, namun terdapat mangsa masih berada di PPS kerana penduduk terjejas sedang dalam proses membersihkan rumah dan barangan mereka.

Baca artikel lain: Projek pelebaran Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak bermula tahun ini – MB Pahang

“Ada lagi penduduk masih membersihkan kediaman masing-masing. Bagaimanapun mereka telah pulang ke rumah secara berperingkat mulai hari ini.

“Kedua-dua PPS dijangka tutup sepenuhnya pada Sabtu ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This