13 pendatang tanpa izin lolos dari DTI Bidor, satu maut kemalangan

Dari Penulis

SEBANYAK 131 pendatang tanpa izin telah melarikan diri dari blok lelaki Depot Tahanan Imigresen Bidor semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Mohd Naim Asnawi berkata daripada jumlah itu, 115 orang merupakan etnik Rohingya, manakala 16 lagi ialah warga Myanmar.

“Kami menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan kesemua tahanan itu telah melarikan diri … seorang lelaki disyaki tahanan yang lolos terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian di KM 335 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga: APHR kecam pengusiran pelarian Rohingya di wilayah Aceh, Indonesia

Beliau berkata pencarian kesemua tahanan yang lolos dan siasatan masih diteruskan dengan bantuan pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 3 Bidor dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dan Bukit Aman. 

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 147 dan Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung terus ke Bilik Gerakan IPD Tapah melalui talian 05-4015222,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This