Siti Nurhaliza kongsi foto terbaharu bersama Datuk K, bukti hubungan rumah tangga tiada masalah – “Suka gosip tau”

Dari Penulis

PENYANYI popular negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyangkal dakwaan hubungan rumah tangganya sedang bergolak.

Siti atau nama penuhnya Siti Nurhaliz Tarudin, 45, memohon orang ramai tidak mensensasikan khabar angin tersebut.

Penyanyi Aku Bidadari Syurga Mu itu juga berharap tidak ada pihak yang cuba membuat andaian mengenai cerita yang tidak betul.

“Haaa…Suka gosip tau. Tak baik tau fikir bukan-bukan,” katanya.

Siti berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Instagram. 

Malah, Siti turut memuat naik foto bersama suami, Datuk Seri Khalid Jiwa dan dua orang anak mereka iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mendoakan agar Siti terus diberikan kebahagiaan bersama keluarganya.

“Alhamdulillah, takot dengar gosip semua media sosial tau. Sedih tau TokTi.

“Kongsi benda ilmiah pun sangka buruk. Tak ada kaitan langsung.

“Perkongsian random saja tu. Siti mungkin kongsi di Instagram Story sebab nak baca balik lepas sibuk kerja. Netizen punya andaian terlebih anxiety.

“Masalahnya kapsyen TokTi tu mengundang. Apa-apa pun Alhamdulillah semua baik-baik saja,” komen pengikut di Instagram.

Spekulasi rumah tangga Siti timbul selepas dia berkongsi kata-kata atau potongan ayat yang seakan memberi bayangan sedang berdepan dengan konflik.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, Siti bertindak memadam hantaran tersebut tanpa memberikan kenyataan lanjut sekaligus meninggalkan teka-teki kepada warganet.

Sekadar info, Siti dan Datuk K berkahwin pada 21 Ogos 2006. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aafiyah,6, dan Afwa yang kini berusia tiga tahun. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hael Husaini, Akim Ahmad & Aisha Retno barisi panel juri Big Stage musim ke-7!

INDUSTRI hiburan tempatan dijangka menerima satu lagi gelombang kebangkitan apabila program realiti nyanyian paling fenomena, Big Stage, kini kembali...

More Articles Like This