5 rockers popular bergabung bantu kumpul dana Madrasah Al-Muqwa di Makan Malam Kesadaran Amal

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BAGI mengumpul dana untuk membantu Madrasah UlumulQuran Wal Ahadith (Al-Muqwa) membiayai kos operasi, lima penyanyi rock bakal bergabung dalam sebuah majlis Makan Malam Kesadaran Amal.

Majlis dijadualkan berlangsung pada 17 Februari di Dewan MBSA Convention Centre, Shah Alam itu membariskan bintang seperti Datuk Awie, Ali XPDC, Ijam Medicine, Adi Wow dan Anjang Terra Rossa.

Menurut Ali, usaha yang dilakukan itu juga ingin memberi peluang kepada orang luar untuk membantu menghulurkan sumbangan dengan cara membeli tiket.

“Ini adalah saham akhirat kita. Sama-sama bergandingan membantu Madrasah Al-Muqwa untuk terus beroperasi.

“Majlis Makan Malam itu nanti bukan saja kita berhibur dengan persembahan penyanyi jemputan tapi kita juga akan sama-sama dapat manfaat berselawat, bacaan ayat al-Quran dan perkongsian ilmu agama,” katanya kepada URTV ketika ditemui pada sidang media majlis Makan Malam Kesadaran Amal di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara itu Mudir Al-Muqwa, Amran Johari berharap majlis pada malam itu nanti dapat meraih kutipan sebanyak RM1.3 juta.

Madrasah yang sudah 14 tahun bertapak di Kampung Rantau Panjang, Klang, Selangor itu terjejas teruk berikutan pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu.

“Kami berdepan bebanan hutang berjumlah hampir RM285,000 untuk membiayai kos operasi sebelum ini.

“Kemudian kita mempunyai tunggakan atau tuntutan hutang daripada pembekal tenaga dan juga syarikat air yang mana jumlah tunggakan bil-bil utiliti tersebut mencecah sehingga RM80,000 untuk tempoh dua tahun.

“Kami tidak bayar kerana tidak mampu menjelaskannya. Selain itu kami juga menghadapi masalah tuntutan hutang dari syarikat pembekal hardware.

“Begitu juga kami bekalan makanan yang kerap terputus sejak setahun setengah ini. Saya harap, majlis tersebut berjaya menampung keseluruhan kos,” ujarnya.

Turut hadir di sidang media tersebut ialah Presiden Pertubuhan Pusat Data Usahawan Dan Ekosistem Malaysia (MEEDC), Tengku Adena Tengku Abdullah selaku Penaung Majlis; Presiden Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), Ayob Abdul Majid; Pengurus Kandungan Radio Zayan, Wan Syahrul Amry Wan Mansor serta barisan artis yang terbabit iaitu Ijam Medicine, Adi Wow, Faisal Ismail, Anjang Terra Rossa dan Ali XPDC selaku Duta Al-Muqwa.

Justeru itu, timbul idea untuk menganjurkan sekali lagi majlis makan malam yang pernah dilakukan pada 26 Februari 2022 bagi tujuan sama.

“Alhamdulillah ia berjaya mencapai sasaran. Malah kehadiran penonton melebihi jangkaan. Ia mencetuskan idea untuk penganjuran program kali kedua pada tahun ini.

“Kami berjaya kumpul sekitar RM160,000. Setiap bulan kami membelanjakan sekurangnya RM13,000 untuk kegunaan Madrasah.

“Kutipan dana menerusi jualan meja makan dan juga kerusi yang dijual ini digunakan sepenuhnya bagi tujuanmembiayai kos operasi madrasah yang telah terjejas pendapatan sumber bantuan sejak dua tahun lalu kesan daripada pandemik Covid-19.

“Tujuan utama kami anjur makan malam ini bagi mengharapkan pelbagai pihak samada untuk beri tajaan kepada majlis yang kita anjurkan atau kepada mana-mana pihak yang ingin beli meja-meja yang kita jual melalui kupon-kupon yang kita sediakan.

“Begitu juga tiket membeli kerusi yang disediakan untuk individu-individu yang kurang berkemampuan membeli meja makan malam amal ini. 

“Kita juga akan kumpulkan sejumlah barangan atau koleksi artis-artis untuk jualan lelong amal di mana semua hasil kutipan disalurkan sepenuhnya kepada Madrasah Al Muqwa,” jelasnya.

Majlsi yang akan bermula pukul 6 petang hingga 11 malam itu akan dihoskan oleh Faizal Ismail dan Mawi.

Majlis Makan Malam Kesadaran Amal dijual pada tiga kategori jualan meja bermula dengan harga RM3,000 (Bronze) RM5,000 (Silver) dan RM8,000 (Gold) untuk satu meja.

Bagi orang perseorangan tiket dijual pada harga RM200 di mana penonton boleh menyaksikan konsert melalui skrin gergasi yang akan dipasang di luar dewan.

Maklumat lanjut berhubung jualan meja makan atau kerusi, boleh hubungi Amran:  0126212582, Roslan: 0162446567, Omar: 0163753117, Hasroy: 0176396368; Khusairi: 0165526500 Manaf: 01135699515


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This