Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempersoalkan bagaimana maklumat keputusan Lembaga Pengampunan melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jatuh ke tangan agensi berita luar negara.
Ini kerana keputusan semalam mengesahkan laporan oleh agensi berita Singapura, CNA yang telah tular beberapa hari lalu.
Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menegaskan, maklumat sulit seperti ini perlu dijaga dan meminta menteri berkaitan menjawab isu tersebut.
“Persoalan timbul bagaimana maklumat yang begitu sulit dan sensitif ini boleh jatuh ke tangan agensi berita luar negara di zaman kerajaan Madani ini?
“Menteri Komunikasi harus mengambil tanggungjawab atas keculasan yang nyata!,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Baca artikel lain: Malaysia sambut baik cadangan EU anjur persidangan keamanan antarabangsa konflik Palestin-Israel
Pada masa sama, beliau mahu Lembaga Pengampunan memberi penjelasan tentang bagaimana penilaian dan timbangan dibuat dalam membuat keputusan mengurangkan hukuman Najib.
Ujarnya, perkara ini penting agar ia dapat mengelakkan polemik dan kekeliruan di kalangan rakyat.
“Peguam Negara dan Perdana Menteri, sebagai penasihat utama bagi pihak Lembaga kepada Yang Dipertuan Agong perlu mengeluarkan kenyataan berhubung penjelasan ini,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

