SPRM tahan wanita dalang utama sindiket perdaya skim PPR

Dari Penulis

SEORANG wanita yang dipercayai dalang utama sindiket meminta rasuah dan memperdaya orang awam berkaitan tawaran rumah bagi skim Program Perumahan Rakyat (PPR) di ditahan Suruhanjaya Pencegahan Jenayah Malaysia (SPRM) Sabah malam tadi.

Menurut sumber, suspek berusia 40-an itu ditahan ketika hadir membantu siasatan kes di Pejabat SPRM cawangan Sandakan pada 10.35 malam, susulan baru-baru ini dua lelaki yang juga anak beranak berusia 20-an dan 40-an ditahan bagi kes sama.

“Sindiket ini telah meminta wang rasuah sama ada secara tunai atau pindahan ke akaun bank dan menjanjikan rumah mesra rakyat termasuk insentif seperti perkakasan rumah kepada orang ramai yang berminat.

“Pemohon yang terpedaya, memberikan wang sekitar RM10,000 sejak tahun lalu dan membabitkan nilai puluhan ribu ringgit,” kata sumber berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Beliau turut mengingatkan orang ramai yang pernah menjadi mangsa kepada sindiket seumpama itu agar tampil bagi membantu siasatan.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hantaran undang padah, warga Bangladesh ‘kantoi’ miliki dua pasport ditahan

HANTARAN tular di platform media sosial memaparkan seorang lelaki memegang dua pasport mengundang padah selepas warga Bangladesh itu ditahan...

More Articles Like This