Alvin Fortes diumum import terbaharu Selangor FC

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SELANGOR FC mengumumkan secara rasmi kehadiran pemain sayap antarabangsa Cape Verde, Alvin Fortes untuk mengharungi saingan Liga Malaysia bagi musim 2024/2025. 

Kehadiran Fortes, 29, menjadikan Gergasi Merah telah menandatangani tiga pemain import baharu bagi aksi musim ini. 

Sebelum ini, Selangor FC telah pun mengesahkan kemasukan pertahanan kental Uzbekistan, Umarbek Eshmurodov dan penyerang Chile, Ronnie Fernandez. 

Gergasi Merah juga mengekalkan beberapa tonggak import musim lalu termasuk Safuwan Baharudin; Yohandy Orozco; Richmond Ankrah; Noor Al-Rawabdeh; Alex Agyarkwa dan Hein Htet Aung.

Bakat Fortes mula dikesan selepas menjadi salah seorang pemenang program Nike Football: The Chance di England pada tahun 2013 dengan legenda Belanda, Patrick Kluivert menjadi salah seorang panel program tersebut. 

Pemain kelahiran Rotterdam, Belanda itu kemudiannya melebarkan sayap ke beberapa negara seperti Finland, Turki, Greece dan Republik Czech untuk mengembangkan karier bola sepaknya. 

Selain itu, beliau juga pernah berkelana di Georgia dan Uzbekistan sebelum beraksi di Liga Thailand selama dua musim bersama Nongbua Fc dan Ratchaburi FC, musim lalu. 

Baca artikel lain: Pernah wakili Portugal, Francisco Geraldes diumum pemain import terbaharu JDT

Secara keseluruhan, Fortes telah membuat 38 penampilan, 13 bersama Nongbua FC dan 22 bersama Ratchaburi FC serta 11 jaringan gol.

“Saya tahu akan kewujudan kelab Selangor FC dan sentiasa mengikuti perkembangan mereka. 

“Bagi saya, ini adalah kelab besar yang mempunyai kemudahan untuk berlatih yang berkualiti dan mereka juga bermain dengan baik dalam liga musim lalu.

“Jadi, saya rasa ini kelab yang terbaik untuk saya teruskan kerjaya bola sepak,” ujar Fortes menurut laman web Selangor FC. 

Sementara itu, ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe berkata, kehadiran Fortes dijangka mengukuhkan lagi bahagian sayap pasukan itu. 

Menurut Cheng Hoe, ketiadaan pemain sayap tulen merupakan antara kelemahan pasukan itu musim lalu. 

“Dengan adanya Fortes, saya nampak kita mampu selesaikan masalah di bahagian kiri atau kanan serangan terutama secara bersaing di pentas Asia nanti. 

“Beliau juga pernah beraksi di liga Thailand, jadi saya harap Fortes tidak akan ambil masa yang lama untuk menyesuaikan dirinya bermain di sini,” katanya. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This