Isu Najib dijangka dibincang dalam perjumpaan khas tertutup ketua bahagian UMNO

Dari Penulis

ISU melibatkan keputusan Lembaga Pengampunan terhadap permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menjadi antara topik utama yang dibincangkan dalam perjumpaan khas tertutup dengan ketua-ketua bahagian UMNO, hari ini. 

Perjumpaan khas tertutup bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu dijangka diadakan pada pukul 4 petang nanti.

Memetik laporan BH Online, Ketua UMNO Bahagian Batu, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim memaklumkan kesemua 191 ketua bahagian UMNO telah menerima jemputan itu, semalam. 

Menurut Gulam Muszaffar, seramai 150 ketua bahagian telah menyatakan persetujuan untuk hadir manakala baki yang lain tidak dapat berbuat demikian. 

“Perjumpaan khas tertutup ini dijangka membincangkan mengenai perkembangan politik semasa termasuk isu Datuk Seri Najib,” katanya.

Baca artikel lain: UMNO berterima kasih pada PM bantu proses Najib – Lokman Adam

Semalam, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam ciapan di laman X memaklumkan satu perjumpaan khas tertutup Ahmad Zahid bersama ketua-ketua bahagian UMNO akan diadakan hari ini. 

Jumaat lalu, hukuman dan denda yang dikenakan ke atas Najib telah diberikan pengurangan sebanyak 50 peratus.

Perkara itu diputuskan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 yang bersidang pada 29 Januari lalu.

Lembaga Pengampunan dalam kenyataan memaklumkan, keputusan itu secara tidak langsung bermakna Najib akan dibebaskan awal iaitu pada 23 Ogos 2028 manakala denda dikurangkan kepada RM50 juta. 

Semalam, MKT UMNO menghormati keputusan dan hak mutlak yang telah diambil oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 berhubung permohonan pengampunan Najib. 

UMNO juga akan tetap meneruskan usaha-usaha mendapatkan pembelaan terhadap bekas Presiden parti sesuai dengan laras undang-undang negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Parlimen dijangka dibubar selepas pembentangan Belanjawan – Penganalisis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membubarkan Parlimen pada bulan November iaitu selepas pembentangan Belanjawan 2027, Oktober depan. Pengarah...

More Articles Like This