LIGA bola sepak Malaysia dijangka terus menarik apabila juara Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengumumkan pemain import terbaharu mereka yang bernilai jutaan ringgit.
Francisco Geraldes, pemain berusia 28 tahun kelahiran Portugal itu adalah bekas pemain kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), FC Baniyas.
Geraldes yang mesra disapa Chico itu diperkenalkan melalui video yang dimuat naik di laman sosial rasmi JDT dengan pemain yang pernah mewakili skuad kebangsaan Portugal bawah 18 dan 21 tahun berkenaan akan menggantikan Leandro Velazquez.
Berdasarkan rekod, Geraldes yang beraksi di bahagian tengah pernah beraksi dengan beberapa kelab besar di Eropah seperti Sporting Lisbon, Eintracht Frankfurt dan AEK Athens di Greece.
Pengumuman kehadiran Geraldes itu menyaksikan dia menjadi pemain import kedua yang dibawa masuk JDT bagi menghadapi musim 2024/2025 selepas pemain antarabangsa Syria, Jalil Elias.
Berdasarkan laman Transfermarkt, Geraldes berharga 2.5 juta Euro (RM12.72 juta) sekali gus berada di tangga kedua selepas Jalil yang berharga RM15.2 Juta.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

