Pembantu jurutera kilang maut bertembung Viva

Dari Penulis

SEORANG pembantu jurutera kilang maut selepas bertembung dengan Perodua Viva di lampu isyarat Taman Paya Emas, Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput- Ayer Keroh (AMJ), 9.30 malam tadi.

Video penuh klik link di bawah

https://t.me/infoutusantv/3647

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa Amir Asyraaf Abdul Zalil, 24, yang menunggang motosikal Yamaha YZF-R15M disahkan maut di lokasi kejadian.

Beliau berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dari arah Batu Berendam menghala ke Masjid Tanah.

“Tiba di lokasi, kereta dipandu Shahrom Nizam Sukri, 38, dari arah Sungai Udang secara tiba-tiba membelok ke arah kanan jalan menyebabkan berlakunya perlanggaran.

“Akibat kemalangan, mangsa yang beralamat di Taman Seri Jeram, Masjid Tanah cedera parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Sementara pemandu kereta parah di kepala dan menerima rawatan di Hospital Melaka,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Jelasnya, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This