222 Ahli Parlimen diminta pantau sistem keadilan melalui peruntukan termaktub – Rasuah Busters

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PENGAMPUNAN separa terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengundang keresahan rakyat dan menghantar isyarat salah kepada dunia bahawa Malaysia berkompromi dengan rasuah.

Rakyat pula mula rasa terbeban dengan implikasi pengurangan denda apabila pembayaran hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetap perlu dilangsaikan sehingga tahun 2039.

Sedangkan krisis ekonomi negara masih belum lagi pulih dan ramai bertarung demi kelangsungan hidup pada waktu ini.

Sehubungan itu, Rasuah Busters meminta, kesemua 222 Ahli Parlimen sebagai pemegang kuasa legislatif memantau keadilan melalui peruntukan yang termaktub di dalam sistem perundangan.

Katanya, Ahli Parlimen diberi kepercayaan oleh rakyat untuk melakukan semak dan imbang berdasarkan hak yang dibenarkan oleh Perlembagaan demi mengelakkan bahaya yang boleh mencemarkan demokrasi.

Baca artikel lain: Tambah lagi peruntukan sekolah agama rakyat atas prinsip keadilan – Akmal Saleh

“Tanggungjawab ini harus terus berlangsung untuk merungkai kecelaruan dan kekecewaan rakyat pada hari ini, justeru penjelasan yang konsisten dan jitu amat diperlukan.

“Kuasa legislatif berfungsi untuk memperbaiki sebarang kelompongan undang-undang dengan segera agar prinsip equality before the law dapat diterjemahkan dengan lebih efisien demi kesejahteraan rakyat.

“Sebagai pendukung mandat rakyat, wakil rakyat diharap bangkit…untuk memastikan jurang ketidaksetaraan dan kedaulatan undang-undang dipertahankan habis-habisan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rasuah Busters menambah, nilai dan tamadun peradaban keadilan hanya dapat dinikmati apabila kedaulatan undang-undang dijunjung tanpa gentar atau pilih kasih.

Katanya, tanggungjawab itu harus dipikul oleh Ahli Parlimen demi memastikan rasuah dan kleptokrasi melalui sistem perundangan yang diteliti, digubal, dipantau dan dihormati tanpa kompromi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This