Mohd Zin dilantik Ketua Pengakap Negara ketujuh – Anwar

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MEJAR Jeneral (B) Prof Datuk Dr Mohd Zin Bidin telah diumumkan sebagai Ketua Pengakap Negara ketujuh, hari ini.

Majlis Istiadat Penyerahan Suratcara Pelantikan Mohd Zin itu telah disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Anwar yang juga Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia memaklumkan, beliau turut menyempurnakan penganugerahan Bintang Semangat Padi (Emas) kepada Mohd Zin.

Menurut Perdana Menteri, pelantikan Mohd Zin dilaksanakan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 15 Disember lalu.

“Selaku Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia, saya titipkan pesan buat Mohd Zin untuk menampilkan kepimpinan penuh teladan dan mengangkat tatakelola hatta integriti sepanjang menggalas amanah ini,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: PM ucap takziah kepada keluarga Azraai Khor

Sementara itu, Mohd Zin dalam kenyataan memaklumkan, amanah yang diberikan itu akan digalas sebaik-baiknya.

Kata beliau, ia bagi melonjakkan lagi pencapaian Persekutuan Pengakap Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Saya akan menggalas amanah ini dengan penuh komitmen dan integriti terutama dalam mempersiapkan golongan muda-remaja untuk mendepani cabaran era baharu.

“Saya berharap seluruh warga PPM dapat bergerak sederap dalam memperkukuhkan peranan pengakap untuk menerapkan nilai integriti, disiplin, kepimpinan dan daya saing bagi melahirkan pemimpin masa depan negara,” katanya.

Mohd. Zin sebelum ini memangku tugas Ketua Pengakap Negara menggantikan Allahyarham Tan Sri Shafie Mohd Salleh yang meninggal dunia pada 11 September 2019.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This