MALAYSIA Golf Junior Association (MGJA) mengucapkan tahniah kepada Putri Natasha Ameera Roslee dan Anessha Eva Velu Kelana atas pencapaian cemerlang mereka di Bangladesh Amateur Golf Championship 2024 di Dhaka, Bangladesh.
Presiden MGJA, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim berkata, Putri Natasha Ameera telah mengukir nama dengan meraih tempat pertama dalam kategori ‘Ladies Champion’ di kejohanan tersebut.
Manakala Anessha Eva pula katanya, berjaya menempatkan diri di tempat kedua dalam kategori ‘Ladies Group’.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua tenaga jurulatih dan staf MGJA yang telah bekerja keras untuk memastikan kejayaan ini dapat diraih bagi Malaysia, terutamanya dalam pertandingan antarabangsa pertama bagi MGJA.
Baca artikel lain: Bahayakan penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang, suami isteri didenda RM2,500
“Saya sentiasa mengikuti perkembangan para atlet dan jurulatih dari MGJA untuk memastikan segalanya berjalan lancar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pada masa sama, Irmohizam turut mengucapkan tahniah kepada Azra Azhari dan Irfan Zaini atas semangat yang diperlihatkan dalam pertandingan tersebut.
“Keep your heads up and come back stronger!,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

