SEORANG lelaki warganegara Bangladesh memandu melawan arus dan membahayakan pengguna jalan raya lain di Kilometer (KM) 26.5 Jalan Johor Bahru-Mersing ditahan, semalam.
Video penuh kejadian di ⬇️
https://t.me/infoutusantv/3790
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora memaklumkan, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi telah menerima satu video tular berdurasi 50 saat di Facebook kira-kira pukul 2.30 petang semalam.
Menurut Hussin, video tersebut memaparkan sebuah kereta jenis Nissan Almera berwarna putih dipandu secara melawan arus dan membahayakan pengguna jalan raya lain.
Katanya, suspek warga Bangladesh berusia 43 tahun itu kemudiannya telah dikesan dan ditangkap pada pukul 3.15 petang di kawasan Hentian Bas Kota Tinggi.
“Suspek dibawa ke IPD Kota Tinggi bagi membantu siasatan dengan saringan awal ujian air kencing didapati negatif dadah.
Baca artikel lain: Polis tumpas sindiket dadah bernilai lebih RM43,000, empat ditahan
“Hasil semakan ke atas rekod kenderaan didapati tiada rekod jenayah dilaporkan.
“Lelaki tersebut memberi alasan memandu secara songsang disebabkan tiada lesen kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Hussin memberitahu, kes tersebut telah disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengankutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya.
“Polis IPD Kota Tinggi menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dan mematuhi undang-undang serta peraturan-peraturan yang telah ditetapkan demi menjaga keselamatan bersama semasa di jalan raya,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

