ATM pastikan kawalan sempadan negara tahap tertinggi

Dari Penulis

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) konsisten dalam memastikan sempadan negara dikawal pada tahap tertinggi demi mengekalkan kedaulatan negara serta mengekang sebarang aktiviti pencerobohan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kawalan secara berterusan menerusi pelbagai operasi dilakukan di kawasan darat, udara, perairan dan tuntutan bertindih, melibatkan pemantauan dan rondaan sepanjang masa di pos kawalan ATM di seluruh negara.

“Operasi dilaksanakan ATM berlaku sepanjang masa, untuk pastikan kedaulatan dan tiada pencerobohan sama ada kapal perang negara lain atau bot nelayan asing masuk ke kawasan kita.

Baca artikel lain: 131 anggota, veteran ATM terkesan banjir di Kelantan dan Terengganu – Adly

“(Setakat ini) Rohingya paling ramai (kemasukan). Selain itu, operasi ATM turut mengekang kes penyeludupan, lanun dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kota Tinggi-Bina Puri Muay Thai Fight 2024 di Dewan Jubli Intan, Kota Tinggi malam tadi.

Beliau diminta mengulas mengenai kejayaan cemerlang ATM dalam pelbagai operasi yang antaranya turut dilakukan secara bersepadu bersama agensi lain.

Mohamed Khaled berkata perolehan aset baharu juga sentiasa dilakukan bagi memastikan kesiapsiagaan ATM.

Selain itu, beliau berkata ATM sentiasa meningkatkan keupayaan, kemampuan dan pengalaman ATM melalui latihan ketenteraan yang dijalankan dengan kerjasama negara lain.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This