Permintaan rakyat Malaysia, termasuk VIP menikah di Narathiwat meningkat

Dari Penulis

BERNIKAH atau berkahwin di negara jiran merupakan pilihan kebanyakan rakyat Malaysia yang ingin berpoligami secara rahsia atau pasangan anak muda yang ingin menikah tetapi tidak mendapat restu dari ibu bapa atau wali terdekat.

Walaupun dianggap sah dari segi hukum agama tetapi pasangan yang menikah di luar negara tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa agama Islam Malaysia akan dikenakan denda apabila ingin mendaftarkan perkahwinan mereka sebaik pulang ke negara ini.

Walaupun demikian, permintaan perkhidmtan menikah di negara jiran semakin meningkat akhir-akhir ini dengan turut membabitkan ramai golongan ternama (VIP) termasuk yang bergelar ‘Datuk’ yang lebih berminat berkunjung ke Songkhla, Thailand untuk berkahwin sejak tahun lalu.

Timbalan Presiden Majlis Agama Islam Negeri Narathiwat, Abdul Aziz Che Mamat, berkata VIP Malaysia dan pasangan mereka itu memutuskan bertindak demikian atas pelbagai sebab dengan alasan paling popular adalah privasi.

“Jika sebelum ini, pasangan Malaysia yang berkahwin di Majlis Agama Islam Negeri Narathiwat membabitkan orang terkemuka dan biasa, tetapi sejak tahun lalu, kira-kira 95 peratus pasangan Malaysia yang melawat majlis ini adalah orang biasa saja.

“Bagaimanapun, sekarang VIP atau orang ternama termasuk yang bergelar ‘Datuk’, selebriti, ahli politik, dan orang kaya lebih suka memilih pergi ke Songkhla dan berkahwin dengan majlis agama di negeri itu.

“Mereka sanggup melakukan perjalanan lebih jauh untuk mendapatkan privasi. Mereka juga mahu proses perkahwinan itu diselesaikan dengan cepat kerana alasan peribadi,” katanya memetik laporan BH Online.

Abdul Aziz berkata, mereka yang pergi ke Songkhla kebanyakannya berasal dari Lembah Klang, negeri di utara dan timur.

Beliau berkata, beratus-ratus pasangan Malaysia termasuk mereka yang mahu berkahwin secara poligami, melakukan majlis pernikahan di lima lokasi berbeza di Songkhla dalam tempoh sebulan.

“Berbanding di Narathiwat, jumlah pasangan yang berkahwin di Songkhla sekarang jauh lebih tinggi,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This