Industri hospitaliti Langkawi hari ini kembali rancak dengan peningkatan pelancong domestik, terutamanya pada musim cuti persekolahan. Atas inisiatif ini penjenamaan semula Lagoon Residence@Langkawi, dilihat tepat sebagai destinasi ekopelancongan dengan mempromosikan pelbagai keistimewaan dan menjanjikan penginapan menarik pada harga mampu milik.
Koperasi Pemilik Langkawi Lagoon Berhad, telah mengumumkan penjenamaan semula unit penginapan di bawah Lagoon Residence Langkawi bertujuan menyelaraskan hartanah yang diuruskan oleh RHR Hospitaliti Sdn Bhd.

Wajah baru Lagoon Residence@Langkawi ini, telah dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Rohana Ramli berkata “Kami akan berikan perkhidmatan yang terbaik, rasai kedamaian serta ketenangan ketika menginap di sini. Ia pasti melakarkan memori yang cukup indah,”ujarnya ringkas dan sentiasa dalam penambahbaikan bagi menarik pelancong tempatan menginap di Lagoon Residence@Langkawi.

Lokasinya yang strategik hanya 3km dari Lapangan Terbang Langkawi dan 15 minit ke Pantai Cenang, Lagoon Residence@Langkawi menawarkan 40 unit penginapan yang menyeronokkan, tenang dan cukup mendamaikan. Healing sambil melihat panorama indah matahari terbenam di sebelah petangnya. Syok kan..!


Di blok bangunan utama pula, terdapat 26 unit penginapan deluxe dengan harga RM248 dan penginapan family dengan harga RM268 berserta 14 unit villa di atas laut dengan harga RM358. Ke semua harga promosi istimewa ini sepanjang cuti persekolahan.

Lagoon Residence@Langkawi menerapkan elemen rekaan Melayu klasik yang segar untuk dekorasi dalaman bagi semua unit penginapan. Pastinya ia sangat selesa dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti kolam renang, gym dan sauna. Nak buat barbeku di sini pun boleh, ada di sediakan tempatnya.
Apa tunggu lagi! Jomlah buat tempahan penginapan di booking.com dan agoda.com

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

