Kid Search bertemu jodoh dengan guru bahasa Inggeris

Dari Penulis

SELEPAS lebih dua tahun kehilangan isteri akibat kanser darah myeloma, gitaris legenda  tanah air, Kid kembali bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya iaitu Hariani Kamaruddin.

Pasangan berkenaan disatukan dalam majlis yang diadakan secara sederhana di Masjid Cyberjaya 10, Cyberjaya, hari ini.

Difahamkan, Kid, 57, menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 kepada Hariani, 53, yang merupakan seorang guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah persendirian.

Ini merupakan perkahwinan kedua bagi pasangan berkenaan.

Pada 29 November 2021, Kid kehilangan isteri tercinta, Allahyarham Noraznin Yusof akibat kanser darah myeloma tahap empat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Kuala Lumpur.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kaki drama bersorak! Viu & iQIYI bergabung tenaga, tawar pakej langganan ‘dua dalam satu’

BERITA baik buat penggemar tegar naskhah dari rantau Asia! Dalam satu pengumuman yang menggegarkan industri hiburan digital serantau hari...

More Articles Like This