Penghantar makanan bakar kereta polis bantuan direman empat hari

Dari Penulis

SEORANG penghantar makanan yang membakar sebuah kereta peronda polis bantuan di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara, kelmarin, direman empat hari.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid memberitahu, lelaki tersebut direman mulai semalam sehingga 19 Februari iaitu Isnin ini.

Beliau memaklumkan, perintah reman telah dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 435 dan 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sebelum ini, penghantar makanan berusia 25 tahun itu dilaporkan ditahan di Flat Flora Damansara, kira-kira pukul 10 pagi Khamis lalu.

Baca artikel lain: Gara-gara ingin popular di TikTok, lelaki bakar kereta polis bantuan ditahan

Hasil ujian saringan air kencing suspek yang masih bujang itu turut didapati positif dadah jenis morfin.

Polis turut merampas tukul besi dan botol air berisi petrol yang disyaki digunakan untuk membakar kereta berkenaan.

Polis mengesyaki motif lelaki tersebut membakar kereta peronda polis bantuan adalah kerana mahu popular di aplikasi TikTok miliknya.

Suspek disyaki membakar kereta menggunakan petrol, selain turut melakukan vandalisme dengan menconteng dinding kaca hentian bas.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan 1 kritikal, terjatuh dari bangunan sekolah

SEORANG pelajar Tingkatan 1 dilapor berada dalam keadaan kritikal selepas dipercayai terjatuh dari bangunan sebuah sekolah menengah di Ipoh,...

More Articles Like This