POLIS giat menjalankan siasatan bagi mengesan seorang lelaki yang didapati melakukan tindakan berbaya dengan berpaut pada belakang sebuah treler yang sedang bergerak.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tan Seng Lee memaklumkan, pihaknya menyedari berhubung kejadian itu menerusi satu video tular yang dimuat naik ke sebuah akaun Facebook.
Menurut Seng Lee, video tersebut memaparkan seorang lelaki sedang berpaut di bahagian belakang sebuah treler yang sedang bergerak.
Beliau berkata, siasatan yang dijalankan mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 10 pagi, Khamis lalu di Kilometer 35 Lebuhraya Link Kedua menghala ke arah Senai.
“Semasa kejadian, pemandu treler jenis Scania dari arah Kangkar Pulai menghala ke kawasan perindustrian Senai tidak menyedari terdapat seorang lelaki berpaut pada bahagian belakang treler dipandunya.
“Dia hanya menyedari perkara tersebut setelah rakannya menghantar video viral berkenaan,” katanya dalam kenyataan.
Baca artikel lain: Empat penjenayah warga Taiwan ditahan, cubaan wujudkan hab panggilan gagal
Mengulas lanjut, Seng Lee memberitahu, pemandu treler berusia 36 tahun itu telah hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai untuk siasatan lanjut.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 47(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan.
Seng Lee meminta mana-mana saksi yang mempunyai maklumat berkaitan lelaki tersebut untuk tampil memberi maklumat di IPD Kulai atay hubungi Pegawai Penyiasat di talian 0167573507.
Sebelum ini, tular video berdurasi 16 saat memaparkan tindakan lelaki yang berpakaian gelap dengan beg di belakang badan, berdiri dan berpaut di belakang treller yang sedang bergerak laju.
Video itu dipercayai dirakam pemandu lori lain yang melalui jalan sama.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

