Pemandu van halang ambulans ada 7 saman, telah dikena tindakan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG pemandu van yang dikesan menghalang dan tidak memberi laluan kepada ambulans Kilometer 14, Lebuh Raya Pasir Gudang, semalam mempunyai tujuh saman kesalahan trafik.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Suhaimi Ishak memaklumkan, pihaknya telah mengesan satu video tular dimuatnaik melalui Facebook berdurasi 47 saat berhubung kejadian tersebut.

Menurut beliau, video berkenaan memaparkan sebuah van jenis Toyota Hiace berwarna putih didapati menghalang laluan sebuah ambulans.

“Van tersebut didapati tidak mengendahkan untuk memberi laluan kepada ambulans yang telah membunyikan siren dan lampu.

“Itu telah menyebabkan pemandu ambulans tersebut terpaksa memotong di lorong kiri,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel lain: Polis sahkan pemandu Camry halang ambulans ada masalah psikiatri

Mengulas lanjut, Mohd Suhaimi memberitahu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seri Alam telah mengesan pemandu van tersebut yang merupakan lelaki tempatan berusia 38 tahun.

Jelasnya, lelaki itu telah disaman RM300 mengikut Peraturan 9(2) LN 166/59 kerana tidak memberi laluan kepada kenderaan polis atau ambulans atau bomba atau penjara atau kastam atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Beliau berkata, lelaki itu turut disiasat mengikut Seksyen 56(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tiada lesen memandu vokasional (GDL).

“Orang ramai diminta sentiasa patuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 47 saat tular memaparkan sebuah van dikatakan tidak memberi laluan kepada ambulans walaupun siren kecemasan dibunyikan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This