Ambulans kemalangan dalam perjalanan ambil pesakit, tiada kemalangan jiwa dilaporkan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SEBUAH ambulans milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilaporkan terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Proton Saga di simpang lampu isyarat INTAN, Kota Samarahan, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berdasarkan maklumat daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan memaklumkan, kejadian berlaku sekitar pukul 12.55 tengah hari tadi.

Katanya, kemalangan membabitkan tiga mangsa dari ambulans iaitu seorang pemandu dan dua petugas KKM yang ketika itu dalam perjalanan untuk mengambil pesakit.

Baca artikel lain: SPRM fokus usaha pemulihan aset

“Mangsa termasuk pemandu Proton Saga berada dalam keadaan selamat. Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 1.05 tengah hari dan bertindak membantu mengeluarkan mangsa dari ambulans dengan membuka pintu penumpang.

“Mangsa berjaya keluar menggunakan tangga dengan selamat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, operasi tamat sepenuhnya pada pukul 1.19 petang setelah keadaan disahkan selamat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MCA akui pengundi Cina kini kecewa namun tak anggap boleh diterjemah dalam bentuk undi

HASIL kajian lapangan dilakukan oleh MCA mendapati bahawa rata-rata pengundi Cina kini berada dalam keadaan kecewa khususnya dengan apa...

More Articles Like This