JABATAN Imigresen Malaysia Negeri Sembilan menahan 59 pendatang atas pelbagai kesalahan, menerusi operasi bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS), di pusat bandar Seremban petang semalam.
Pengarahnya Kennith Tan Ai Kiang berkata mereka ditahan ialah Bangladesh (20 lelaki), Myanmar (19 lelaki, seorang wanita, seorang kanak-kanak lelaki), Pakistan (empat lelaki), Nepal (enam lelaki, tiga wanita), Indonesia (seorang wanita), India (dua lelaki), masing-masing seorang wanita China dan Uganda.
Beliau berkata operasi bersepadu itu memfokuskan kawasan tumpuan warga asing berkumpul setiap hujung minggu, berdasarkan risikan dilakukan beberapa minggu sebelum operasi dijalankan.
“Secara keseluruhan seramai 961 warga asing diperiksa dengan bantuan polis. Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng, untuk tindakan lanjut.
Baca artikel lain: Polis bongkar makmal proses dadah, tahan seorang lelaki
“Antara kesalahan, tiada dokumen pengenalan diri, salah guna pas, tinggal lebih masa, pemegang kad tidak diiktiraf dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen. Majoriti warga asing diperiksa mempunyai Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan Pas Lawatan Sosial (PLS) sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tan berkata semasa operasi, terdapat warga asing bertindak meloloskan diri namun berhasil dihalang oleh pasukan operasi dan terdapat juga memberikan pelbagai alasan bagi meraih simpati supaya dilepaskan.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

