Dua warga asing maut, seorang lagi cedera terjatuh daripada skylift

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DUA warga asing maut manakala seorang lagi cedera parah selepas terjatuh daripada jentera skylift semasa menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sebuah rumah pangsa di Subang Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat memaklumkan, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3.50 petang.

Bertindak atas maklumat, Wan Azlan memaklumkan, sepasukan polis dari Balai Polis USJ 8 telah bergegas ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan awal mendapati tiga lelaki dalam keadaan terbaring di bahagian pintu masuk rumah pangsa tersebut.

Wan Azlan berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila ketiga-tiga mangsa sedang menjalankan kerja penyelenggaraan di tingkat lima menggunakan jentera skylift.

Katanya, keadaan cuaca dilaporkan hujan lebat ketika kejadian itu berlaku.

“Dua daripada mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Seorang lagi mangsa telah dibawa oleh ambulans ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dada.

“Kesemua mangsa berusia antara 38 hingga 46 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Azlan memberitahu, kedua-dua mangsa yang meninggal dunia didapati mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta anggota badan.

Setakat ini, kata beliau, pemeriksaan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah.

“Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).

“Kedua-dua mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk tujuan bedah siasat.

“Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This