Malaysia, Kanada komited perkukuh kerjasama sektor pertanian dan keterjaminan makanan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MALAYSIA dan Kanada komited untuk mengukuhkan kerjasama dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan.

Perkara tersebut dinyatakan dalam pertemuan antara Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup dengan Menteri Pertanian dan Agri-Makanan Kanada, Lawrence MacAulay, hari ini.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan, kedua-dua pemimpin itu membincangkan usaha bagi mengukuhkan kerjasama dalam sektor pertanian, perikanan dan ternakan.

Menurut KPKM, Arthur dan MacAulay turut mengalu-alukan kerjasama teknikal dalam bidang penyelidikan dan pembangunan pertanian.

“Semasa pertemuan tersebut, Arthur telah memperkenalkan produk pertanian Malaysia yang berkualiti seperti nanas dan menyatakan hasrat untuk mengeksport buah-buahan tropikal tempatan ke pasaran Kanada.

Baca artikel lain: MOSTI lancar Sand Box Keselamatan Makanan bantu syarikat baharu bidang pertanian

“Beliau turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Kanada yang mengambil giliran jawatan Pengerusi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) bagi 2024,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, KPKM memberitahu, Arthur turut menjemput Kanada untuk menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) yang dijadual berlangsung pada 11 hingga 22 September depan.

Terdahulu, Arthur menerima kunjungan hormat daripada MacAulay di Wisma Tani, Putrajaya dan pertemuan itu turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPKM Datuk Azah Hanim Ahmad, Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Dr Akma Ngah Hamid dan pegawai KPKM.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This