Kata-kata Jebat yang membahasakan dirinya sebagai Baby mengundang perhatian warganet apabila meminta agar Amelia Christie Lim menjadi ibunya. Rata-rata bersetuju dan merestui hubungan Sharnaaz Ahmad dan kekasihnya termeterai ke jinjang pelamin.
“Boleh tak kalau nak ‘aunty’ ni (Amelia) jadi Mommy baru Baby (Jebat),” kata anak pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden.
Menerusi video berdurasi 2 minit 40 saat itu, memaparkan Jebat mencari Mommy. Kemunculan Amelia membuatkan Jebat tertarik padanya. Pada masa sama, ibu Jebat yang juga bekas isteri Sharnaaz iaitu Noor Nabila sedang mencari Jebat yang ketika itu sedang bermain dengan Amelia.
“Baby nak tiga Mommy. Baby nak Mommy (Nabila), Aunty Amelia dan Mommyhana (beg Mommyhana),” katanya berseloroh mahukan tiga Mommy.
Sebelum ini menerusi perkongsian video Sharnaaz dan Nabila, tidak dinafikan lagi keakraban Jebat bersama Amelia. Malah, mereka juga pernah pergi bercuti bersama.
Malah, pada video Mommyhana, kelihatan Nabila dan Amelia tidak kekok bersama. Keakraban hubungan kedua-duanya disifatkan seperti kakak dan adik.

