Suasana pilu selubungi Istiadat Penghormatan Negeri Abdul Taib di DUN Sarawak

Dari Penulis

SUASANA pilu menyelubungi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini sebaik jenazah bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud tiba di sini bagi Istiadat Penghormatan negeri.

Kenderaan membawa jenazah Abdul Taib tiba di bangunan DUN pada 7.50 pagi.

Turut mengiringi jenazah ialah anak Allahyarham Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib dan Datuk Hanifah Hajar Taib.

Lapan orang pengusung dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kemudiannya membawa masuk jenazah Allahyarham dan diletakkan di tempat khas di Atrium DUN Sarawak. 

Bangunan DUN Sarawak yang merupakan antara ikon utama negeri hari ini mula dibanjiri orang ramai daripada pelbagai kaum seawal 8 pagi untuk memberi penghormatan terakhir kepada bekas ketua menteri itu yang telah banyak menyumbang bakti kepada Bumi Kenyalang.

Baca juga: Taib tokoh yang tidak pernah berhenti tabur bakti, kata Ismail Sabri

Bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Guru Al-Quran Majlis Islam Sarawak  dan Persatuan Qari Bahagian Kuching turut diperdengarkan sempena istiadat berkenaan.

Istiadat Penghormatan Negeri bermula pada 8 pagi hingga 11.30 pagi bagi membolehkan orang awam memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Solat jenazah dijadual diadakan selepas itu di Masjid Demak berdekatan kediaman Allahyarham disusuli istiadat pengebumian negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya.

Abdul Taib yang juga digelar Bapa Pemodenan Sarawak meninggal dunia kira-kira 4.40 pagi semalam di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Azam Baki kekal sah anggota Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

PUSAT Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) menegaskan kehadiran Tan Sri Azam Baki pada Mesyuarat Lembaga Penasihat NFCC, 30 Jun...

More Articles Like This