Wanita maut selepas kereta terbabas dalam Sungai Koyan

Dari Penulis

SEORANG wanita maut selepas kereta yang dinaiki terbabas di Jambatan Perumahan Generasi ke 2, Sungai Koyan, dekat Pahang, semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam kenyataan berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 3.49 petang.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Koyan dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Komander Operasi Muhammad Azha Mohamad Aris memaklumkan sebuah kereta telah terbabas dan terbalik di dalam tebing sungai.

“Pemeriksaan mendapati seorang lelaki mengalami kecederaan manakala seorang wanita tersepit di dalam kereta tersebut,” kata kenyataan itu.

Anggota bomba bertindak menjalankan operasi menyelamat dengan mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia selepas berjaya dikeluarkan.

Mayat diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut sementara mangsa lelaki dibawa ke hospital bagi menerima rawatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Penduduk terjejas hakisan di Kampung Baru Kapit akan dipindahkan ke penempatan baharu

SERAMAI 43 ketua isi rumah yang terjejas akibat hakisan tanah di Kampung Baru, Kapit, bakal dipindahkan ke penempatan baharu...

More Articles Like This