PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap persidangan Parlimen kali ini akan menguatkan lagi kerjasama semua pihak bagi membangunkan negara demi kepentingan seluruh rakyat.
Terdahulu, Perdana Menteri dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadiri istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di sini hari ini yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Turut berangkat ke istiadat itu Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Ini merupakan istiadat pembukaan Parlimen pertama oleh Sultan Ibrahim sejak mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas.
Baca artikel lain: Pembakaran terbuka walaupun berniat baik berisiko wujud ‘lompang perlindungan’ – Bomba
Anwar turut berkongsi beberapa keping gambar istiadat itu menerusi hantaran di laman Facebook.
Berdasarkan takwim di laman rasmi Parlimen, persidangan kali ini berlangsung selama 19 hari dengan tumpuan kepada perbahasan Titah Diraja oleh Ahli-Ahli Parlimen dari 27 Feb hingga 7 Mac diikuti jawapan daripada kementerian berkaitan selama empat hari bermula 11 Mac.
Persidangan kemudian akan diteruskan dengan pembentangan rang undang-undang.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

