70 peratus individu dirawat di pusat rehabilitasi kembali ke alam pekerjaan

Dari Penulis

SEBANYAK 70 peratus daripada 10,695 individu yang mendapatkan rawatan di Pusat Rehabilitasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi tempoh 2019 hingga Januari lepas telah berjaya kembali ke alam pekerjaan.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, daripada jumlah yang mendapatkan rawatan berkenaan, 494 adalah mereka yang berasal dari Sabah dan Sarawak. 

“Mereka yang layak untuk dapat rawatan di Pusat Rehabilitasi Perkeso terdiri daripada dua kategori iaitu 90 peratus pencarum dan 10 peratus bukan pencarum Perkeso,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Richard Riot (GPS-Serian) berkenaan jumlah mereka yang berjaya mendapat pekerjaan semula, serta kriteria untuk layak mendapatkan rawatan di pusat rehabilitasi terbabit. 

Pusat Rehabilitasi Perkeso dibina untuk membantu Orang Berinsurans Perkeso dan golongan pekerja untuk dipulihkan secara fizikal dan vokasional sehingga akhirnya kembali ke alam pekerjaan dan masyarakat dengan keupayaan yang maksimum.

Baca juga: Orang lain sibuk berpolitik, Steven Sim ‘sibuk’ bantu ibu tunggal 10 anak dihalau dari rumah sewa

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) sama ada kerajaan bercadang membina hospital keselamatan dan kesihatan pekerjaan, Sim berkata rancangan pembinaan dan naik taraf pusat rehabilitasi menjadi hospital perlu dibincang dan mendapat persetujuan Kementerian Kesihatan.

Menjawab soalan asal Richard yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang membina pusat rehabilitasi di Sarawak, beliau berkata kerajaan sememangnya merancang untuk menambah tiga lagi pusat rehabilitasi dalam tempoh lima tahun akan datang dan Sarawak dialu-alukan untuk bekerjasama dalam merealisasikan hasrat itu.

“Kementerian (Kementerian Sumber Manusia) bersedia untuk mengadakan perbincangan lanjut berkaitan lokasi dan keperluan semasa dan kerjasama dengan Kerajaan Sarawak memandangkan pembangunan pusat rehabilitasi ini melibatkan kos yang besar,” katanya.

Menurut Sim Perkeso juga telah memeterai memorandum persefahaman dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 5 Ogos 2022 bagi menyediakan program rehabilitasi serta kemudahan berkaitan rehabilitasi di negeri itu menerusi penyediaan kemudahan berkenaan di hospital pengajar UNIMAS.

Beliau berkata bagi tempoh Ogos 2022 hingga 31 Jan lepas, 18 kes telah dirujuk ke UNIMAS dengan sembilan daripadanya telah kembali bekerja, lapan selesai menjalani rawatan rehabilitasi dan seorang masih menjalani rawatan pemulihan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pegawai polis ditemukan meninggal dunia dalam bilik tidur

SEORANG pegawai polis ditemukan meninggal dunia dalam bilik tidur utama di kediamannya di Jalan Kampung Nangka, Kuching, petang semalam. Ketua...

More Articles Like This