Tiada penutupan, Hospital Segamat beroperasi seperti biasa

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JABATAN Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya Hospital Segamat bakal ditutup pada 1 Julai ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Mohtar Pungut@Ahmad menegaskan, Hospital Segamat masih beroperasi seperti biasa.

Menurut Mohtar, pihaknya turut mengambil maklum surat penangguhan bagi rujukan kes-kes obstetrik dan ginekologi (O&G) dari daerah Rompin dan Gemas bertarikh 3 Jun yang turut tular.

“Pada masa ini, JKNJ sedang meneliti dan memuktamadkan pengaturan perhidmatan di Jabatan O&G hospital itu bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkesan dan berterusan kepada masyarakat.

“Status terkini serta perancangan lanjut berhubung perkara ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan.

Dr Mohtar berkata, JKNJ komited memastikan sebarang langkah penyusunan semula perkhidmatan serta pengoptimuman sumber manusia dilaksanakan secara terancang.

Katanya, ia bagi menjamin kelangsungan operasi dan kesinambungan rawatan serta perkhidmatan kepada masyarakat.

Terdahulu, tular hantaran pemilik satu akaun dalam Threads yang mendakwa Hospital Segamat akan ditutup berikutan kekurangan doktor dan petugas.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Parlimen dijangka dibubar selepas pembentangan Belanjawan – Penganalisis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membubarkan Parlimen pada bulan November iaitu selepas pembentangan Belanjawan 2027, Oktober depan. Pengarah...

More Articles Like This