Aaron mahu Muzium Labuan disenarai sebagai bangunan, tapak warisan kebangsaan

Dari Penulis

MENTERI Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang mahu Muzium Labuan disenaraikan sebagai bangunan atau tapak warisan kebangsaan.

Berucap ketika merasmikan Program Semarak Muzium Labuan di sini hari ini, beliau yakin usaha itu dapat dicapai menerusi kerjasama Jabatan Muzium Malaysia dan Jabatan Warisan Negara.

“Lebih dua dekad pengwujudan sejak 2004, Muzium Labuan telah menarik kehadiran kira-kira 1.15 juta pengunjung hingga tahun lepas,” katanya.

Aaron turut memuji usaha Muzium Labuan dalam memainkan peranan menganjurkan pelbagai acara, pameran serta menjalankan penyelidikan dan program pendidikan kepada masyarakat.

Baca artikel lain: Kerajaan setuju secara prinsip laksana tahanan rumah untuk banduan – Saifuddin

Beliau turut menekankan usaha pemuliharaan muzium terbabit dalam menjaga khazanah warisan termasuk artifak sejak era neolitik, barangan yang dikumpul apabila kerajaan Sabah menyerahkan Labuan kepada kerajaan Persekutuan pada 1984 dan batu peringatan penyerahan pulau berkenaan kepada British pada 1846.

“Satu spesimen yang terkenal di muzium itu ialah rangka paus Indian Fin yang diwartakan sebagai Objek Warisan Kebangsaan pada 8 Jan 2024, di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005,” katanya.

Sementara itu, Aaron berkata program Semarak Muzium dapat meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan memelihara warisan kebangsaan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This