Treler bawa tepung terbalik akibatkan kesesakan 23 km di Simpang Pulai

Dari Penulis

KEMALANGAN melibatkan sebuah treler membawa muatan tepung yang dilaporkan terbalik mengakibatkan kesesakan teruk sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat Simpang Pulai ke Gopeng.

Sinar Harian melaporkan, kemalangan di Kilometer 292.1 sekitar pukul 9 pagi itu berlaku apabila treler berkenaan hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan menyebabkan lorong kanan di kedua-dua arah terhalang.

PLUS Malaysia Berhad menerusi aplikasi X memaklumkan, aliran trafik sesak 23 kilometer akibat lorong kanan yang masih ditutup.

Setakat pukul 12.10 tengah hari tadi, kerja-kerja pengalihan treler masih dilakukan dan lorong kecemasan dibuka bagi mengurangkan kesesakan.

Baca artikel lain: Malaysia kecam serangan tidak berperikemanusiaan Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pemandu treler berusia 40 tahun mengalami kecederaan di bahagian dada dan kaki akibat tersepit.

“Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan dengan menggunakan power unit dan rescue tool sehingga mangsa berjaya dikeluarkan.

“Kerja-kerja pembersihan jalan dilakukan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat,” katanya.

Operasi melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai dan Gopeng itu tamat pada pukul 11.08 pagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa bumi Mindanao: Hajiji mohon penduduk bertenang, patuh arahan

KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor meminta penduduk di sekitar Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu supaya bertenang...

More Articles Like This