Tidak semua pisang sesuai dibuat lepat. Antara pisang yang sedap, lemak manis, berangan, emas dan pisang kapas. Ada pelbagai resipi lepat pisang dan teknik membuatnya. Resipi yang Saji kongsikan ini menggunakan santan dan sedikit kicap untuk warna dan rasa masin.
LEPAT PISANG
BAHAN A
10 biji pisang lemak manis – lecek
1 cawan tepung gandum
½ cawan santan
3 sudu besar kicap masin – untuk warna & rasa masin
Gula
BAHAN B
1 cawan kelapa parut
Secubit garam
Daun pisang – layur
CARA PENYEDIAAN
- Campurkan pisang yang telah dilecek dengan tepung.
- Masukkan santan, tambahkan sedikit garam dan kicap masin. Gaul rata.
- Ambil daun pisang yang telah dilayur berukuran 5 inci x 5 inci, letakkan sesudu adunan pisang di atas daun pisang.
- Letakkan sedikit kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. Bungkus kemas.
- Panaskan pengukus, kukus lepat pisang selama 30 minit ataupun sehingga masak.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

