Putu Kacang Memang Sedap, Tetapi Renyah Proses Membuatnya

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Siapa suka makan putu kacang? Sedapkan. Mungkin di sebabkan proses pembuatan dan penghasilannya yang agak rumit dan renyah menyebabkan minat untuk membuat putu kacang, terutama bagi generasi muda hari ini berkurangan. Ramai yang tidak sanggup membuatnya, dan lebih rela membeli yang sudah siap tersedia.

Tepung Kacang Hijau mesti ditekan padat-padat, untuk membentuk corak yang cantik.


Bahan-bahan untuk membuat putu kacang tidak banyak, cuma kacang hijau dan gula halus berserta sedikit air untuk direnjis.
PROSES MEMBUAT PUTU KACANG SECARA TRADISIONAL

  1. Tampi kacang hijau, asingkan benda asing seperti batu. Kemudian basuh bersih kacang hijau dan sangai sehingga garing tapi jangan sampai hitam.
  2. Selepas itu giling kacang hijau semasa masih panas dengan batu giling yang di bawahnya dilapik dengan guni bersih bagi menanggalkan kulit kacang hijau.
  3. Kemudian tampi kacang hijau bagi membuang kulitnya. Proses ini memakan masa, setelah selesai kacang hijau akan di letakkan ke dalam lesung kaki.
  4. Kerja menumbuk kacang hijau menggunakan lesung kaki ini tidak boleh dilakukan berseorangan. Sekurang-kurangnya perlu dilakukan berdua. Seorang menjaga lesung dan seorang lagi menumbuk kacang hijau.
  5. Kacang yang telah ditumbuk akan dikaut dan diayak halus menjadi tepung. Baki kacang hijau yang masih kasar, akan ditumbuk lagi sehingga halus dan diayak lagi. Proses ini diulang sehingga habis. Gula halus juga akan ditumbuk menggunakan lesung yang sama.
  6. Kemudian campurkan dua mangkuk tepung kacang hijau dengan satu mangkuk gula halus dan diuli sambil direnjis-renjis dengan air suam. Kerja menguli ini perlu dilakukan dengan teliti, supaya tepung dapat diuli dengan rata.
  7. Sebaik-baiknya embunkan tepung yang diuli itu semalaman tetapi jika tidak mahu diembunkan, lebihkan air renjisan.
  8. Tepung kacang hijau yang sudah digaul bersama gula dan dijemur itu, pastikan ia boleh dikepal dan ditekan menggunakan acuan kayu sehingga padat. Potong lebihan tepung menggunakan pisau dan sapu permukaan yang dipotong tadi dengan tepung kacang hijau yang tidak bercampur gula.
  9. Pastikan tepung kacang hijau ditekan dengan padat , agar mudah dikeluarkan bila diketuk. Susun putu kacang ke dalam dulang sehingga penuh dan jemur di tengah terik matahari.
  10. Putu kacang lebih cantik warnanya jika dijemur selama satu atau dua hari, bergantung pada cuaca. Jika cukup panas, sehari sudah memadai tetapi jika hari hujan, ia perlu dijemur selama dua hari. Walaupun putu kadang tidak perlu dimasak di dalam ketuhar, namun kuih putu kacang ini boleh bertahan sehingga 6 bulan lamanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This