Telegram sedia bekerjasama dengan MCMC banteras scam dan judi

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

TELEGRAM telah memaklumkan sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memperkemas aspek kawal selia, terutama untuk banteras aktiviti scam dan judi dalam talian di platform berkenaan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam hantaran di media sosial memaklumkan, kesediaan tersebut dinyatakan sendiri oleh pengasas dan pemilik Telegram, Pavel Durov dalam perjumpaan di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu pada Sabtu.

“Perbincangan kami amat positif dan banyak fokus diberikan kepada perkara berkaitan kerangka kawal selia platform itu dan teknologi baharu (termasuk AI).

“Pavel menyatakan minat untuk mengadakan perbincangan lanjut tentang beberapa peluang kerjasama dengan Kerajaan Malaysia.

“Beliau turut memberi komitmen dan bersedia untuk melebarkan sayap operasi di Malaysia pada masa akan datang,” jelas Fahmi.

Baca juga: 5G tingkatkan rawatan, keupayaan pembelajaran di hospital – Fahmi

Fahmi menambah, beliau juga telah menjemput Pavel untuk datang ke Malaysia bagi meneruskan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This