Tilmiz Nabil dan Tilmiz Taufiq gagal ke peringkat akhir Akademi Qurra’ 2024

Dari Penulis

Minggu separuh akhir Akademi Qurra’ 2024 menyaksikan penyingkiran dua peserta, Tilmiz Nabil dan Tilmiz Taufiq sekali gus melayakkan lima lagi peserta mara ke pentas akhir.

Dua Tilmiz tersebut masing-masing di bawah bimbingan Mudarrisah Suhailah dan Mudarrisah Nadiah.

Keputusan itu turut menyaksikan lima lagi peserta Tilmiz Luqman, Tilmiz Amnan, Tilmizah Sofea, Tilmizah Syahira dan Tilmizah Sholihah berjaya mara ke pentas akhir.

Menurut juri jemputan, Ustazah Hajah Rahmas Abdullah, peserta perlu mencari nada suara yang betul dalam bacaan dan dalam masa yang sama memperbaiki bacaan supaya dapat melakukan yang terbaik pada peringkat akhir nanti.

“Suaranya ada namun tenaga pengajar perlu mengajar teknik yang betul mengikut nada suara peserta. Mereka perlu mencari alternatif bagaimana pelajar dapat ‘mencuit’ nada tertinggi dalam jawab-buljawab.

“Bagi separuh akhir, belum ada lagi peserta yang mencapai tahap terbaik. Mungkin atas faktor kesuntukan masa dan tekanan di atas pentas,” katanya.

Qayyim Nizar berbincang sesuatu dengan Ustazah Rahmas pada minggu separuh akhir Akademi Qurra 2024.

Tambah johan enam kali Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa ini lagi, selain melagukan taranum, bacaan juga harus mempunyai kelunakan tanpa merosakkan tajwid dan sifat huruf.

“Pada peringkat akhir, setiap peserta harus berpegang kepada nada suara empat kategori iaitu qoror, nawa, jawab, buljawab. Biasanya bagi wanita, untuk mendapatkan suara qoror (berfungsi di dada) ini agak sulit, namun ada teknik lain yang boleh dikuasai peserta bagi menguasainya. Ia bergantung kepada setiap individu. Begitu juga dengan suara tinggi.

“Di samping itu, mereka harus pandai mengolah lagu dalam melantunkan burdah-burdah itu mestilah ada kelunakan. Jangan berlagu tetapi keras. Tajwid juga mesti sempurna dan sifat-sifat huruf dijaga dan dilontarkan dengan baik,” ulasnya kepada Wanita.

Lima finalis yang bakal berentap pada minggu akhir Akademi Qurra 2024.

Pada saingan minggu separuh akhir, Tilmiz Luqman diumumkan pemenang Anugerah Alunan Terindah yang membawa pulang wang tunai RM500 beserta rehal. Ini merupakan kemenangan kedua buat Tilmiz Luqman.

Dihoskan oleh Raqib Majid, AQ 2024 turut menampilkan Mudarris Ammar Mukhlis, Mudarrisah Suhailah Zulkifly dan Mudarrisah Nadia Hashim yang bertindak selaku tenaga pengajar.

Program disiarkan setiap Sabtu jam 9 malam di TV Alhijrah itu menampilkan juri tetap Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman dan dibantu oleh Ustaz Muhammad Qayyim Nizar Sarim serta juri jemputan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Zulhijjah menyisih ego, membebas jiwa

Oleh : Pegawai Pejabat Zakat, Wakaf, Infaq (ZAWAIN) dan Pensyarah Sambilan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia...

More Articles Like This