Restoran Chopsticks Asia hidang masakan cina halal, olah bahan namun kekalkan rasa autentik

Dari Penulis

Restoran Chopsticks Asia, sebuah restoran yang menghidangkan makanan masyarakat Cina halal sentiasa memastikan operasi harian mereka menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan pelanggan menikmati hidangan tanpa was-was.

Menurut Pengarah Kenc Holdings Sdn Bhd, Kenneth Choong, dia mengambil alih pengurusan restoran Chopsticks Asia pada tahun 2020 dan memaklumkan usaha untuk mendapat pengiktirafan sijil Halal dari pihak JAKIM telah lama dimulakan dan kini permohonan tersebut telah memasuki fasa terakhir.

“Kami sentiasa memastikan semua syarat yang ditetapkan oleh pihak JAKIM dipatuhi kerana sasaran kami adalah pengunjung pelbagai bangsa dan agama.

“Antara langkah yang kami ambil termasuklah memastikan pembekal-pembekal kami adalah dari senarai yang diiktiraf oleh pihak JAKIM.

“Malah, kami juga melantik pegawai yang bertanggungjawab memastikan operasi harian setiap cawangan berjalan dengan lancar demi keselesaan pelanggan,” jelasnya menyatakan cawangan pertama Chopsticks Asia dibuka di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur pada tahun 2019.

Dalam pada itu, Kenneth mengakui ada segelintir pelanggan yang pernah menyuarakan rasa takut untuk datang menikmati makanan Muslim-friendly Chinese.

“Kalau tak ada macam tipulah. Ada pelanggan yang rasa was-was nak datang tapi kami tak nak tertekan. Semua prosedur, bahan mentah memang berteras dan berlandaskan bahan halal.

“Kalau tak menggunakan semua bahan halal, susah untuk kami dapat sijil pengesahan dari JAKIM. JAKIM sangat ketat kawalan mereka.

“Ini kerana pihak JAKIM bukan setakat tengok bahan yang digunakan tetapi proses sepanjang kami menyediakan makanan sehingga cara menghantar bahan ke dua lagi lokasi restoran,” katanya yang mempunyai tiga cawangan termasuk di Bangsar dan Cyberjaya.

Tambah Kenneth lagi, dia mengakui berminat dengan perniagaan makanan Cina halal kerana menyukai cara masyarakat Malaysia saling menghargai keunikan makanan pelbagai kaum. Malah katanya ia mampu mengubat kerinduan komuniti mualaf dengan menyediakan hidangan versi halal.

“Bagi saya, Malaysia adalah sebuah negara unik yang mempunyai penduduk berbilang bangsa serta pelbagai budaya dan segalanya boleh dikongsi bersama dengan cara yang betul.

“Kami ingin berkongsi keenakan makanan masyarakat Cina yang sedap serta unik kepada Muslim komuniti. Sekarang ini ramai yang masuk Islam (mualaf), jadi mereka rindu dengan masakan Cina, itu antara sebab yang kami sediakan yang versi halal.

“Contohnya sajian Hokkien Mi, kebanyakan restoran tak ada tapi kami ada sediakan. Sebab Hokkien Mi versi tak halal menggunakan bahan-bahan yang mengandungi daging tidak halal.

“Tapi kami olah dan ganti dengan formulasi baru guna bahan halal. Rasa masih sama. Justeru itu, mendapat pengiktirafan halal adalah usaha kami bagi memastikan pelanggan dapat menikmati hidangan di Chopsticks tanpa ragu-ragu,” katanya.

Mengekalkan nama Chopsticks, jelasnya ia bukan isu sementelah tujuannya mahu mengekalkan nama yang dekat dengan budaya orang Cina.

“Kami mahu sebuah nama yang menggambarkan budaya Cina. Bila letak nama Chopsticks, orang dah tahu restoran ini sediakan makanan Cina. Setakat ini, tak ada lagi timbul kontroversi disebabkan nama kedai,” katanya.

Dalam pada itu, kongsi Kenneth lagi, Restoran Chopsticks juga mempunyai keunikan tersendiri kerana mengutamakan sajian makanan dengan konsep ‘home food’ atau masakan bagai di rumah masyarakat Cina Malaysia yang kaya dengan rasa dan boleh dinikmati oleh pelbagai peringkat umur.

Katanya, antara makanan kegemaran pengunjung di restoran berkenaan adalah Nyonya Fish Fillet, Kung Pao Chicken dan bermacam lagi.

Malah, sempena dengan kedatangan bulan Ramadan, pihak Chopsticks Asia turut akan mengadakan promosi Bufet Ramadan pada harga RM89.90 (Dewasa), RM 69.90 (warga emas) dan RM49.90 untuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

ReGlo perkenal Skin Turnover Protocol, sistem selamat dan tidak invasif untuk pembaharuan kulit berterusan

RAWATAN yang mampu memberikan hasil yang ketara lazimnya disertai dengan iritasi, sensitiviti dan tempoh pemulihan yang lama. Manakala produk...

More Articles Like This