KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) sedang menunggu laporan penuh daripada Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) susulan kematian pesilat dari Terengganu ketika menyertai pertandingan pra Sukan Malaysia (Sukma) di Negeri Sembilan, kelmarin.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim mewakili kementerian itu turut mengucapkan takziah dan merakamkan rasa simpati kepada keluarga pesilat berkenaan iaitu Allahyarham Wan Muhammad Haikal Wan Hussin.
Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya masih menunggu laporan penuh daripada Pesaka sebelum membuat tindakan lanjut.
“Pertama sekali kita (di KBS) mengucapkan takziah dan merakamkan rasa simpati kepada keluarga.
“Dalam peringkat awal ini, kita tunggu laporan siasatan daripada Pesaka sebagai penganjur. Buat masa ini, kita tidak meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak,” katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) yang ingin tahu apakah usaha KBS dalam memastikan kejadian menimpa pesilat Terengganu itu tidak berulang pada masa akan datang.
Mengulas lanjut, Adam Adli memaklumkan, KBS akan memastikan penganjur pertandingan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelakkan insiden sedemikian berulang.
Baca artikel lain: KBS tidak halang Azizulhasni terus berlatih di Australia
Pada masa sama, katanya, kerjasama KBS dengan Majlis Sukan Negeri juga akan diperkukuh bagi memastikan setiap SOP berkaitan penganjuran sukan berisiko tinggi diperketatkan.
“Ini perlu diselaraskan bersama Pesuruhjaya Sukan dan kita juga telah melancarkan Kod Sukan Selamat, yang merangkumi kebertanggungjawaban di pihak penganjur untuk pastikan pematuhan SOP, penyediaan ruang selamat dan pastikan pelbagai risiko dapat ditangani sebaiknya,” katanya.
Wan Muhammad Haikal, 21 dilaporkan meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai pertandingan pra-Sukma di Dewan Komuniti Taman Coral Height, Seremban, Negeri Sembilan, kelmarin.
Dia rebah dan tidak sedarkan diri selepas dikatakan terkena tendangan pihak lawan serta disahkan meninggal dunia pada pukul 1.20 pagi semalam ketika dirawat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban.
Allahyarham adalah anak keempat dari lima beradik dan berada di Seremban untuk Pra-Sukman sejak Jumaat lalu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

