Polis buru penjenayah larikan jongkong emas, wang tunai lebih RM3 juta

Dari Penulis

POLIS kini memburu penjenayah selepas melarikan jongkong emas, wang tunai, pelbagai beg berjenama serta barang kemas bernilai RM3.5 juta dari sebuah rumah di Padang Balang, Sentul, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, penjenayah membawa lari sebuah peti besi mengandungi jongkong emas serta wang berjumlah RM3 juta.

“Penjenayah turut melarikan beberapa beg berjenama serta barang kemas bernilai RM500,000, menjadikan jumlah keseluruhan kerugian RM3.5 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashari berkata, satu laporan telah diterima daripada seorang wanita Melayu berusia 43 tahun, pada hari ini.

“Semakan mendapati kamera litar tertutup telah dirosakkan oleh suspek.

“Ketika kejadian berlaku, tiada orang berada di rumah,” katanya.

Jelasnya, satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan di Ibu Pejabat Daerah Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tiga lelaki warga asing ditahan kes curi dan dadah

TIGA lelaki warga asing ditahan dalam dua operasi berasingan yang dijalankan Strike Team Balai Polis Tawau selepas dipercayai terbabit...

More Articles Like This